TAJUK:
HIBURAN MELAMPAU
NAMA PENSYARAH:
PUAN DARMILA BINTI ALI
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. NURUL ISMAH IZZATI BINTI HAMDAN
(12DEE15F1044)
2. SITI NURRAINI BINTI MAMAH-AYU
(12DEE15F1029)
3. NIK NUR ATIKAH BINTI NIK ARIFFIN
(12DEE15F1032)
4. SYAFINAZ BINTI ZAHANOR
(12DEE15F1010)
OBJEKTIF
Antara objektif ialah mengenal pasti punca-punca terjadinya keruntuhan akhlak remaja disebabkan
hiburan melampau. Selain itu, mengenal pasti langkah-langkah yang sewajarnya
diambil supaya remaja tidak terjebak dengan hiburan yang melampau. Selain itu,
mengenal pasti kesan terhadap remaja jika terjebak dengan hiburan yang
melampau.
PENGENALAN
Hiburan merupakan suatu perkara yang diminati oleh manusia
secara fitrahnya. Bahkan hiburan merupakan satu elemen dalam kehidupan. Adapun
konsep hiburan itu berbeza-beza dan minat seseorang juga berbeza-beza mengikut
kecenderungan masing-masing.
Islam tidak
memperincikan apa bentuk hiburan tersebut, ia terserah kepada kesesuaian
individu, tempat dan masa yang sentiasa berubah-ubah. Apa yang pasti hiburan
adalah subjektif yang memberikan maksud sesuatu (perbuatan, benda dan
sebagainya) yang memberikan kegembiraan dan menyukakan hati.
Maka hiburan
tersebut adalah luas bentuknya samada dalam bentuk suara seperti nyanyian,
gurindam, sajak atau perbuatan seperti tarian, berlakon, bersukan atau ia
merupakan sesuatu benda / objek seperti alatan muzik, buku, alatan sukan dan
sebagainya.
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DIKALANGAN REMAJA
Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang
utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program
televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat.
Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak
unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah
hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut
dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi
artis pujaan mereka.
Natijahnya
wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan
lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak
langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari
identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini. Sebagai contoh dari aspek didikan agama, kemunculan teknologi, rakan sebaya, sikap ibu bapa dan sikap individualistik masyarakat. Dibawah adalah huraian antara aspek bagi punca-punca berlakunya hiburan melampau :
1) Didikan Agama
Didikan agama adalah sesuatu perkara yang sangat penting bagi individu untuk membentuk akhlah yang cantik dan baik. Sebagai ketua yang paling besar, bapa memainkan peranan penting dalam sesebuah keluaga. Oleh itu, bapa bertanggungjawab ke atas segala keperluan ahli keluarga dan perlu menyediakan keperluan itu dengan secukupnya. Hal ini termasuklah keperluan menuntut ilmu dan didikan agama kepada diri seseorang lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda atau remaja yang bergelar dengan generasi Y yang lahir pada masa kini. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”(Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga.
Ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.
Hal demikian kerana, faktor remaja terjebak dalam hiburan lampau adalah berpunca daripada kekurangan didikan agama dan moral yang mendalam. Pada zaman era globalisasi kini, remaja tidak lagi takut kepada dosa yang dilakukan malah, bertindak melakukan sesuatu tidak lagi memikir tentang pembalasan Tuhan terhadap apa yang dilakukan. Kebiasaannya, apabila remaja (Islam) telah leka dengan hiburan perkara yang wajib dilakukan akan dilupakan. Sebagai contoh perkara wajib dilakukan adalah solat 5 waktu. Mana tidaknya, jika keluar pada waktu malam akan balik pada pagi keesokan pagi. Jika keluar pada siang hari pula, remaja sibuk melayan hiburan sehingga tidak ada masa sikit pun untuk solat. Remaja berpendapat bahawa, kehidupan pada masa remaja ini perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Maka dengan itu, didikan agama adalah sangat penting untuk mencegah hiburan lampau di kalangan remaja.
2) Kemunculan Teknologi
Kemunculan teknologi yang canggih adalah satu perkembangan yang baik untuk sesebuah Negara. Teknologi yang canggih dicipta untuk tujuan mempermudahkan sesuatu perkara. Kemunculan media massa pada masa kini adalah salah satu contoh perkembangan teknologi yang diketahui oleh banyak pihak.
Tetapi dengan kemudahan yang diberi ramai juga yang salah guna kemudahan itu terutamanya dikalangan remaja. Pengaruh media massa terhadap remaja sememangnya tidak dapat dibendung lagi. Hal ini kerana, media massa turut mendorong masalah hiburan lampau sehingga melonjak dengan drastik. Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang penah di lihat dan di dengari kerana remaja pada masa kini mempunyai naluri yang besar untuk mencuba sesuatu di depan matanya. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial.
Hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya” ( Al Qasas : 55). Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya (HR Bukhari dan Muslim).
Sikap ingin mencuba in adalah sikap yang positif tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sesuka hati perlu ada tujuan yang berfaedah dan dapat iktibar daripada apa yang dilihat dan didengari. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk dicuba pula dalam hati remaja. Seharusnya, sebelum melakukan sesuatu perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu pekara yang akan diperoleh dari media massa.
Kesimpulannya, setiap perkembangan teknologi mempunyai keburukan dan kelebihannya tersendiri. Terpulang kepada pengguna sahaja yang membuat keputusan untuk memilih keburukan atau kebaikan. Jika mahukan kebaikan maka pililah yang terbaik dan jika memilih untuk keburukan maka tergolonglah seseorang itu sebagai orang yang sia-sia.
3) Rakan Sebaya
Selain daripada ibu bapa dan ahli keluarga, rakan sebaya adalah orang yang paling rapat bagi seseorang individu. Ada kalanya seseorang individu lebih gemar menceritakan hal peribadinya kepada rakan sebaya berbanding menceritakan kepada ibu bapa terutamanya kalangan remaja pada masa kini. Bagi pendapat remaja pada masa kini, rakan sebaya lebih memahami apa yang ingin mereka sampaikan. Mana tidaknya, jika mereka menceritakan hal peribadinya kebiasaannya ibu bapa akan menolak dan menentang perasaan atau keinginan yang anak meraka cuba sampaikan. Maka dengan itu, remaja lebih mendiam diri daripada bercerita kepada ibu bapa.
Dengan berpendapat rakan sebaya adalah rakan yang dapat memahami dan sanggup berkorban untuk diri mereka maka, kesemuanya yang di lakukan oleh rakan sebayanya adalah betul. Hal ini menyebabkan, remaja akan terikut-ikut perbuatan rakan sebayanya yang sering dilakukan tanpa mengira perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah dan tidak beraedah. Dengan melakukan perbuatan yang negatif ini remaja akan mudah terjerumus dengan drastiknya dalam masalah sosial dan hiburan melampau.
Disebabkan rakan sebaya yang dipercayai pada masa itu, maka segala yang terdapat padanya adalah sesuatu yang indah dan yang paling penting perbuatan itu dapat menarik perhatian orang ramai. Hal ini kerana, ramaja masa kini menginginkan dirinya selalu berada didalam perhatian dan dipandang oleh orang ramai. Ini bermaksud, jika seorang rakan sebayanya tidak memakai tudung apabila diluar rumah, mungkin itu perbuatan yang menarik yang perlu di ikuti kerana berpendapat orang ramai akan tertarik jika melihat gaya dan cara pakainya. Maka, remaja yang mempunyai sikap yang baik juga boleh terikut dengan perbuatan demikian tanpa memikir kesan yang akan mendatang. Terdapat banyak contoh perbuatan rakan sebaya yang kebiasaan diikuti seperti melepak, merokok, minum arak dan melihat konsert yang penuh dengan alat muzik. Hal ini menunjukkan remaja itu telah terjerumus dalam masalah sosial dan hiburan melampau. Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat : “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan”( Al A’raf : 26).
4) Sikap Ibu Bapa
Faktor terjadinya hiburan melampau dalam kalangan remaja juga berkait rapat dengan sikap ibu bapa. Pada zaman kini, individu lebih mementingkan duit dan kerjaya berbanding kebajikan keluarga yang ingin membesar dengan keadaan sihat dan sejahtera. Tambahan pula, individu berpendapat bahawa jika tidak mempunyai duit yang cukup, maka kesusahan akan hadir dalam kehidupan mereka termasuklah golongan ibu bapa yang moden pada masa kini.
Majoriti, ibu bapa berpendapat remaja pada masa kini hanya memerlukan duit atau perbelanjaan semata-mata. Tetapi meraka silap, remaja yang sedang meningkat usianya juga sememangnya memerlukan perhatian yang lebih dan kasih sayang yang sepenuhnya untuk menghadapi hari-hari akan datang. Sedang usia remaja meningkat seharusnya ibu bapa sentiasa ada untuk segala dugaan dan rintangan yang dihadapi. Hal in akan melahirkan rasa diri dihargai dan disokongi pada setiap keadaan sekalipun. Pada usia seorang remaja meningkat, terlalu banyak perkara yang ingin ia ceburi. Pada masa inilah ibu bapa perlu menjadi kawan rapat bagi remaja kerana segala keinginannya pasti di beritahu kelak.
Sikap ibu bapa yang sibuk menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka mulalah melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan rasa kebosanan. Hal ini kerana, remaja merasakan tiada sokongan yang diberi oleh keluarga. Kebiasaannya remaja ingin menceritakan sesuatu yang gembira kepada ibu bapa. Akan tetapi, ramai ibu bapa yang memberi alasan mereka tidak ada masa untuk mendengar kerana kepenatan bekerja seharian. Hal ini akan menyebabkan remaja berasa tertekan dan menginginkan hiburan untuk melupakan segala masalah itu.
5) Sikap Individualistik masyarakat
Masyarakat yang bagus adalah masyarakat yang sering mengetahui atau prihatin atas segala masalah yang berlaku di sekelilingnya. Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga adalah faktor yang menyumbang kepada penglibatan hiburan melampau dikalangan remaja.
Pada masa kini, masyarakat lebih cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Mereka berpendapatan segala masalah adalah urusan atau tanggungjawab pihak berkuasa sahaja. Tidak hairanlah jika terdapat ramai penagih dadah disekitar tempat tinggal mereka. Bukankah lebih baik menghapuskan penagih dan penjenayah dengan secepat mungkin? Untuk mengatasi masalah tersebut memerlukan kerjasama banyak pihak termasuklah kerjasama dari masyarakat setempat hal ini bukan tertumpu kepada pihak berkuasa.
Seharusnya, masyarakat perlu juga menegur kesilapan yang dilakukan orang sekeliling tidak kiralah orang itu adalah ahli keluarga atau bukan. Contohnya, seorang kanak-kanak sedang menghisap rokok maka wajarlah individu untuk menegur perbuatan itu kerana perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah. Oleh sebab itu, masalah gejala sosial dan hiburan lampau ini dapat dibendong. Hal ini kerana, apabila seseorang menegur kesalahan yang dilakukan maka seseorang itu akan merasa malu dan tidak akan melakukannya lagi.
Selain itu, guru disekolah juga memainkan peranan yang penting. Seharusnya, setelah sesi persekolahan perlu ada program yang menarik yang dikenalkan untuk pelajar. Hal ini dapat menghalang pelajar daripada pergi membuang masa ke pusat membeli belah dan dalam masa yang sama terjerumus dalam gejalan yang tidak berfaedah. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik di sekolah ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin dan tidak terlalu mendedahkan mereka dengan perkara negatif.
KESAN HIBURAN
Terdapat banyak kesan negatif apabila terjerumus dalam hiburan melampau. Sebagai contoh :
1) Melahirkan golongan hedonisme.
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Apabila golongan hedonisme ini wujud maka timbul gejala yang melupa kan agama, budaya, asal usul, dan etika murni. Hal ini kerana, individu akan suka berseronok sehingga malas melakukan pekara yang disuruh dan membuat apa yang dilarang. Selain itu, remaja hilang matlamat hidup kerana terlalu leka dengan perkara yang penuh ilusi sehingga melupakan matlamat hidup sendiri.
2) Merugikan Wang
2) Merugikan Wang
Seseorang individu akan kehabisan wang ringgit jika tidak bijak untuk mengunakannya dengan sebaik mungkin. Mungkin ramai dikalangan kita suka pergi ke pusat hiburan untuk melupakan masalah yang dihadapi dengan mengeluarkan wang yang besar. Tetapi persoalan disini, adakah masalah itu dapat diselesaikan? Sememangnya tidak bukan. Lebih baik wang itu digunakan untuk menyelesaikan masalah atau disimpan untuk masa kecemasan. Selain itu, segelintir individu sanggup mengeluarkan wang ringgit bahkan harta benda semata-mata untuk berhiburan. Individu ini seperti tidak tahu had untuk bebelanja dengan bijak. Dan kebiasaanyan berbelanja tanpa had bukan untuk keperluan harian tetapi hanya semata-mata untuk memenuhi nafsu berhibur.
3) Merendakan nilai murni.
Jika individu terlalu suka akan hiburan maka ia akan menyebabkan nilai murni rendah. Sebagai contoh hilang bahasa yang sopan dalam komunikasi seseorang dengan seseorang yang lain. Ini boleh dilihat seperti remaja bertutur dengan golongan lebih tua. Tidak lagi mengunakan perkataan yang baik malah ada juga sanggup menghina. Seharusnya, kita rakyat Malaysia dikenali sebagai budaya bahasa yang baik dan sopan. Maka dengan kesan hiburan melampau ini boleh menyebabkan budaya bahasa kita dipandang rendah oleh masyarat luar. Selain itu, induvidu juga akan cuba mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa memperdulikan larangan agama dan adat. Segelintir individu pada masa kini tidak lagi takut kepada dosa dan balasan dari Allah SWT.
Jika seseorang selalu pergi berhibur pembaziran masa akan berlaku. Hal ini kerana tiada perkara yang befaedah dilakukan dalam aktiviti harian hanya ada berhibur semata-mata. Lebih baik masa yang terluang itu digunakan untuk melakukan segala perkerjaan yang tertangguh. Sebagai contoh, seorang pekerja, sering berhibur tetapi kerja masih banyak tertangguh. Hal ini boleh menyebabkan kehilang sesuatu pekerjaan atau kepercayaan majikan terhadap pekerja. Kerana kerja yang diberi tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Oleh itu, tindakan dari orang atasan boleh dikenakan. Bukankah itu sesuatu yang merugikan? Daripada mempunyai kerja yang tetap tetapi disebabkan hiburan seseorang boleh kehilangan kerja.
4) Tidak Minat Untuk Belajar
Kebiasaanya apabila pelajar sekolah telah didedahkan dengan hiburan tanpa diawasi pasti perubahan drastik akan berlaku. Tambahan pula, hiburan itu adalah sesuatu perkara yang baru bagi seseorang yang menyebabkan keinginan mencuba hadir. Perubahan drastik yang biasa didengari ialah mengisap rokok, melepak, minum arak dan sebaginya. Hal in termasuklah tidak berminat untuk belaja. Sebelum ini belajar semuanya dalam keadaan baik tetapi setelah terjebak dengan hiburan maka kemalsan itu datang. Dalam masa yang sama, pelajar tersebut boleh gagal dalam pelajaran. Apabila tidak belajar itulah padahnya, kegagalan yang ditemuinya. Hal ini akan menyebabkan masa hadang seseorang gelap dan boleh meningkatkan kadar kehidupan tidak mempunyai perkerjaa kerana tidak mempunyai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.
5) Menimbulkan Angkara Negatif
Hiburan melampau juga dapat menyumbang pelbagai angkara negatif. Contohnya, pergaulan tanpa had. Hal ini kebiasaannya berlaku kepada remaja. Sudah ternyata bahawa remaja sangat suka akan benda yang baru dan akan mencubanya. Misalnya, remaja lelaki bergaul dengan remaja perempuan ditempat yang gelap dan mendatangkan kecurigaan bagi yang melihatnya. Selain itu, bergaduh sesama mereka. Hal ini kebiasaanya berlaku kerana ketidakpuasan hati seseorang. Mungkin terlalu bergaul sehingga tidak melihat status seseorang itu untuk berkawan. Mungkin isteri orang yang dijadikan kekasih. Maka pergaduhan berlaku.
6) Peningkatan kes jenayah.
Apabila hiburan menjadi tabiat kepada seseorang ia akan meningkatkan kes jenayah. Hal ini kerana seseorang itu tidak mempunyai duit yang banyak untuk berhiburan. Jadi, dengan gejala jenayah seperti mencuri dan meragut akan berlaku. Hal ini kerana, sesorang tidak mahu berusaha untuk mendapatkan duit dengan pekerjaan. Dengan alasan susah pada masa kini untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Padahal, mereka malas untuk berusaha kerana menginginkan cara yang mudah untuk mendapatkan duit.
7) Sikap Lalai Meningkat
Apabila terbiasa dengan hiburan maka sesorang itu boleh lalai dengan mudahnya. Hal ini kerana hiburan dirasakan sesuatu yang sangat menyeronokkan sehingga melupakan tanggungjawab yang perlu dijalankan. Sebagai contoh seorang bapa terlalu leka dengan hiburan menyebabkan kebajikan anak terabai.
CARA UNTUK MENGATASI HIBURAN MELAMPAU.
Pada masa kini, ramai yang salah mengunakan aktiviti hiburan terutamanya dalam kalangan remaja. Majoriti, apabila seseorang remaja terjerumus dalam aktiviti hiburan ia akan memberi kesan negatif. Contohnya, pertambahan golongan hedonisme, merugikan wang, merendahkan nilai murni dan banyak lagi. Hiburan sebenarnya bukan tidak boleh, tetapi perlulah mengikut syara’ untuk berhibur. Jika hiburan memberi kesan yang negatif maka, hiburan itu dipanggil sebagai hiburan lampau. Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil iktibar dan cuba untuk mengubahnya. Terdapat banyak cara yang boleh membendung bagi masalah hiburan melampau pada masa kini.
1.Keprihatinan ibu bapa.
Pertama sekali, peranan sebagai ibu bapa kepada seseorang remaja. Ibu bapa merupakan orang yang sangat rapat dengan anak-anak atau remaja pada masa kini. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang sering mengikut pekembangan atau perubahan sikap bagi anak mereka. Selain daripada wang, anak juga memerlukan keprihatinan dari kedua-dua ibu bapa mereka. Walau sibuk dengan kerja sekalipun, ibu bapa perlulah membahagikan masa untuk bersama anak-anak mereka yang sedang mencari erti kehidupan. Hal ini boleh melahirkan rasa disokong oleh orang tersayang bagi seseorang remaja.
2. Memberi pendidikan dan kasih sayang.
Ibu bapa juga perlulah memberi pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka. Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bermaksud, ibu bapa perlulah mengajar cara berhibur yang betul sejak anak kecil lagi. Atau memberitahu kesan berhibur kepada anak-anak supaya mereka tidaklah menjadi seperti kejutan budaya apabila besar nanti. Dalam masa yang sama anak-anak dapat membesar dengan sihat dan tidak terjebak ke jalan yang tidak benar dan mereka dapat membezakan yang mana satu jalan yang betul dan mana satu jalan yang salah.
3. Pendidikan agama dan moral.
Selain itu, Ibu bapa perlu memberi pendidikan agama dan moral secukupnya. Pendidikan agama dan moral dapat mengurangkan keinginan remaja untuk berhiburan secara berlebihan. Hal ini kerana, remaja lebih memahami tentang kesan hiburan malampau kepada seseorang setelah mempelajari pendidikan agama dan moral. Ianya bagus kerana remaja akan lebih berhati-hati untuk berhibur. Jika mereka terlibat dengan aktiviti hiburan melampau maka mereka dapat menghindari dengan mudah.
4. Menerangkan syarat hiburan.
Dalam masa yang sama, pendidikan agama dan moral juga akan menerangkan tentang syarat-syarat untuk berhibur. Maka dengan itu, remaja perlulah memilih dengan bijak untuk berhiburan. Hal ini kerana, Islam tidak pernah mengharamkan seseorang untuk berhibur jika seseorang itu berhiburan mengikut syara’ yang telah ditetapkan. Oleh itu, tidak ada lagi alasan bagi remaja untuk mengatakan tidak tahu tentang cara untuk berhibur dengan betul.
5. Menerapkan nilai murni.
Seterusnya, pendidikan agama dan moral juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja. Sebagai contoh, remaja mengerti cara untuk bergaul yang betul dalam aktiviti hiburan. Cara untuk bergaul dalam hiburan adalah semasa hiburan berlangsung kaum lelaki dan perempuan mestilah diasingkan ini kerana tidak mahu berlakunya fitnah dalam masyarakat. Seterusnya, bagi berinteraksi dengan individu lain haruslah dengan sopan dan tidak mengunakan perkataan yang kasar.
6. Ibu bapa sebagi rakan rapat.
Sementara itu, Ibu bapa hendaklah sentiasa berada dengan anaknya. Hal ini dapat memastikan ibu bapa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila ibu bapa sering berkongsi pengalaman dan cerita lalu anak akan lebih selesa untuk berceritakan hal-hal peribadinya. Selain daripada itu, apabila ibu bapa sentiasa berada dengan anak, anak akan menjadikan ibu bapa sebagai kawan rapat. Hal ini bagus untuk mengelakkan anak terikut-ikut perbuatan negatif rakan sebayanya. Tambahan pula, ibu bapa boleh memberi nasihat dengan mudah dan diterima oleh anak. Tidaklah anak merasa ibu bapa tidak sayang pada mereka.
ISLAM DAN HIBURAN.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan adalah salah satu fitrah hidup yang diberi. Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.
Hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan dalam Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Hiburan naynyian diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji, atau yang meransnagkan kepada perbuatan dosa.
Akan tetapi syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.
Maka, disebabkan itu beberapa garis panduan diwujudkan. Hal ini bertujuan untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan berada di dalam lingkungan beribadah kepada Allah SWT. Selain itu, tidak mahu hiburan yang boleh menyesatkan orang ramai dan semoga hiburan itu dilakukan menyikut syara’ dan tidak tersasar dari tujuan beribadah.
GARIS PANDUAN HIBURAN.
Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam. Garis panduan berikut:
1. Program Hiburan
Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai. Bagi membuat sebuah hiburan atau konsert perlulah bijak memilih tempat agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk yang berada di sekitar kawasan hiburan itu.
Selain itu, mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran islam. Kesemua agama tidak dibenar sama sekali membuat hiburan dalam masa yang sama menyentuh atau mempertikaikan agama lain. Contohnya, mempertikaikan mengenai kezahiran tuhan agama Islam. Dalam sesebuah rakaman tidak wajar di sertai oleh perbuatan haram atau maksiat. Contoh paling mudah diberikan ialah rakaman sesuatu cerita seharusnya tidak ada penyentuhan sesama sendiri. Hal ini juga boleh mendatangkan fitnah jika tidak di bendung.
Seterusnya, tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran islam. Ini berkait rapat dengan hiburan konsert seperti penyanyi membuat persembahan dengan pakaian yang tidak menutup aurat.
2. Persembahan muzik.
Memastikan dalam persembahan muzik tidak ada mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau. Selain itu, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan yang membuat kelalaian kepada manusia haruslah dibuang. Disamping itu, hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan bunyian terlampau. Seperti budaya rock yang sering menggunakan drap yang berlebihan sehingga penonton mendengar dan mengikut rentak. Hal ini menyebabkan penonton terlompat-lompat, menjerit dan bersorak tanda terhibur yang dapat menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
Lebih cantik jika lirik atau skrip mengandungi kalimah syahadah dalam bahasa Arab tetapi hendaklah disempurnakan. Janganlah sesekali mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW dan tidak boleh juga sesebuah lirik atau skrip yang membangkitkan nafsu syahwat, perkataan yang lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.
ii. Persembahan artis.
Persembahan artis atau lebih dikenali sebagai konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah. Maka masuk sahaja waktu beribadah (solat) perlulah berhenti seketika dan menunaikan solat. Disamping itu, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini aurat terdedah maka hukumnya haram dan berdosa. Semasa berinteraksi dengan penonton perlulah secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan. Sebagai contoh berterima kasih atas rezeki yang telah tuhan berikan selama ini.
iii. Persembahan tarian
Disetiap persembahan perlulah memakai pakaian yang kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai contoh memakai pakaian yang terdapat logo tengkorak atau salip.
Selain itu juga, perlulah bijak untuk mereka gerak tari yang dipersembahkan supaya tidak menimbulkan fitnah. Sebagai contoh membuat gerak-geri bercumbu dengan lain jantina. Maka perlulah memilih gerak-geri yang tidak mendatangkan kesan negatif terhadap seseorang.
Sesebuah persembahan perlulah mempunyai ruang duduk atau himpun yang memisahkan antara lelaki dan perempuan. Tidak boleh bercampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
SYARAT BERHIBURAN YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM.
1. Tidak meninggalkan solat.
Bagi umat isalam syarat untuk berhibur mestilah tidak meninggalkan solat 5 waktu. Solat 5 waktu adalah kewajipan yang perlu dilakukan walau bagaimana keadaan sekalipun. Bagi bulan puasa pula, diharamkan bagi umat islam tidak berpuasa semata-mata untuk menyertai aktiviti hiburan.
2. Tidak meninggalkan kewajipan.
2. Tidak meninggalkan kewajipan.
Untuk berhibur seseorang tidak wajar untuk meninggalkan kewajipan utama seperti mencari rezeki. Bayangkan semata-mata untuk berhibur tetapi tidak sedar anak dan isteri di rumah masih tidak makan seharian. Adakah ini adil ? lebih baik menjalankan kewajipan dahulu jika terdapat wang lebih barulah pergi berhibur. Sebagai pelajar jua perlulah pergi ke sekolah terlebih dahulu. Selepas tamat waktu persekolahan barulah layak untuk pergi berhibur.
3. Tidak dicampuri dengan perkara yang diharamkan.
3. Tidak dicampuri dengan perkara yang diharamkan.
Sesuatu hiburan mestilah tidak dicampuri dengan perkara yang haram seperti perjudian dan pertaruhan. Hal ini akan menjadi lebih teruk apabila perjudian dan pertaruhan berlaku. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika berlarutan.
4. Tidak ada unsur - unsur penipuan.
4. Tidak ada unsur - unsur penipuan.
Sesuatu hiburan tidak dibenarkan mempunyai unsur-unsur penipuan. Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati terhadap banyak pihak. Lagi-lagi jika hiburan itu dikenakan dengan bayaran yang tinggi.
KESIMPULAN
Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal halal dan haram contohnya minum arak,berpegangan tangan malah juga tidak menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka lebih mementingkan keseronokan yang tiada batasan dan mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup.
Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam hiburan yang melampau dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga remaja yang kurang pemerhatian dari ibubapa akan cuba mencari keseronokan diluar.
Oleh itu,ibubapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Didikan agama juga perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan.
Usaha memperbaiki akhlak remaja bukanlah suatu usaha jangka pendek yang boleh dilakukan oleh sesuatu individu khusus, tetapi ia adalah usaha berterusan yang memerlukan kesedaran dan tindakan semua pihak, daripada ibubapa, sekolah, institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan, dan diri remaja itu sendiri. Gejala-gejala keruntuhan akhlak yang semakin meluas pada hari ini adalah sebahagian daripada simtom-simtom meninggalkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Maka setiap orang dan pihak perlu melakukan tanggungjawabnya di dalam pembinaan akhlak remaja. Seseorang remaja perlu mencari persekitaran bagi memastikan dirinya mendapat pengaruh yang baik. Seseorang ibu atau bapa perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pendidikan anak-anak remajanya di rumah. Seorang guru perlu menyediakan persekitaran di kelas yang menyokong peningkatan akhlak anak muridnya. Dan sesebuah kerajaan perlu menggerakkan institusi-institusinya ke arah menjana generasi remaja cemerlang yang bakal menggantikannya suatu hari nanti.
Pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah. Sesungguhnya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
Setiap pihak mesti melaksanakan amanah dan tanggungjawab menangani masalah keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kesan positif daripadanya akan lahirlah generasi-generasi muda-mudi yang cemerlang dari sudut akhlak yang sudah tentu akan membimbing negara yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.
Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.
Gambar 1: Kesalahan berhibur yang mendatangkan maksiat
Gambar 2: Kesalahan berhibur yang tidak membataskan aurat
Gambar 3: Kesalahan berhibur hingga tidak menghormati orang lain
Gambar 4: Kesalahan berhibur yang tidak mengikut ajaran islam
Orang islam yang tidak menjaga batas pergaulan sehingga menimbulkan fitnah
Rujukan
- http://islam4online.blogspot.my/2012/08/yang-dihalalkan-dalam-islam-jenis.html
- http://ikhlas89.blogspot.my/2011/02/hiburan-melampau-keburukan-implikasinya.html
- http://anak-petani.blogspot.my/2010/12/hiburan-dalam-islam.html
- http://fenditazkirah.blogspot.my/2011/08/hiburan-dalam-islambila-kita-banyak.html





Bisnis saya sedang mengalami kesulitan keuangan hingga saya menemukan situs web perusahaan pinjaman Tn. Pedro. Saya menghubungi mereka melalui email dan WhatsApp dan mereka menawarkan pinjaman sebesar 86.000,00 Poundsterling dengan pengembalian tahunan 2% untuk membantu mengembangkan bisnis saya. Prosesnya transparan dan efisien, dan saya berterima kasih atas profesionalisme mereka. Saya sangat merekomendasikan mereka sebagai pemberi pinjaman yang andal. Hubungi mereka di pedroloanss@gmail.com atau whatsapp +393510140339. Terima kasih.
ReplyDelete